TM

Rakan Sosilawati pula ditemui mati tergantung

Semakin hari semakin panas jadinya.. Kes Datuk Sosilawati nampak seperti hampir terurai, tiba2 best friend allahyarhamah, Sarina Jaafar yg juga tokey kosmetik pulak masuk berita..
Menurut berita Sarina ni tertekan kerana kematian Sosilawati..... Tapi kenapa sampai menggantung diri? Atau adakah ini satu lagi kes pembunuhan?      ........Alfatihah....
Klik sini utk berita selanjutnya...


Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung
Sarina






BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. ish.bia betul.apesal aku lembab berita terkini niii

    ReplyDelete
  2. tak jugak ruzz,,, nko kira terawal jugak la baca berita ni.. ada org langsung tak amik port pasal berita2... ;p

    ReplyDelete
  3. salam..

    amy datang sini singgah dan follow..jemput juga keteratak amy ye and follow me too

    ReplyDelete
  4. uiks..seram la plak.makin menakutkan la kes neh

    ReplyDelete
  5. kalau betul mati bunuh diri, nauzubillah..harap2 bukan..

    ReplyDelete
  6. sad to say... she did!!.. check Utusan Malaysia arini...

    ReplyDelete