TM

Beckham curang sekali lagi?

LOS ANGELES: Bekas kapten pasukan England yang turut dikenali dengan nafsu buas sebelum ini, David Beckham, semalam menafikan membayar lebih RM29,000 kepada dua pelacur kerana melayannya.
Menganggap dakwaan itu ‘tidak benar sama sekali dan mengarut’, Beckham dilaporkan bercadang memulakan tindakan perundangan terhadap dua wanita yang membuat dakwaan berkenaan.
Jurucakap Beckham berkata, pihaknya sedih kerana terpaksa berdepan dengan majalah yang menyiarkan laporan tidak benar dan yakin tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Beckham yakin berita itu adalah sebahagian daripada kempen mencemar nama baiknya bagi menjejaskan peluang England menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018,” katanya.

Berkahwin dengan Victoria, 36, sejak 11 tahun lalu, Beckham didakwa meniduri Irma Nici sebanyak lima kali di beberapa hotel di New York dan London di antara Ogos dan September 2007.

Irma berkata, dia juga pernah melayan nafsu Beckham bersama seorang lagi pelacur secara serentak.

Dakwaan Irma, 26, dilaporkan sebuah majalah di Amerika Syarikat.

Sumber berkata, Beckham, 35, juga tidak pernah bertemu dengan Irma atau seorang lagi pelacur yang dikaitkan dengannya itu.

Pernah mewakili Manchester United, Beckham kini bermain untuk kelab LA Galaxy di liga AS.

Mempunyai darah keturunan Bosnia tetapi dibesarkan di England, Irma mendakwa mengenali Beckham selepas diperkenalkan seorang rakannya.

Sumber yang rapat dengan Beckham berkata, ada beberapa fakta didakwa Irma mencurigakan dan tidak tepat apabila membuat pengakuan itu.

“Anda perlu ingat, ketika itu stail rambut Beckham amat pendek dan gambaran diberi Irma tidak benar,” katanya.

Ketika melawat New York juga, kata sumber itu, Beckham menginap di Waldorf Astoria, bukan Hotel Le Parker Meridien seperti didakwa Irma.

Sementara itu, Irma pantas memanfaatkan kesan dakwaan sensasi itu dengan melancarkan laman sesawang peribadinya, semalam.

Dengan bayaran kira-kira RM3, pelayar boleh melihat lebih banyak gambar seksi Irma di situ. - Agensi
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment