Princess aku ni tgh kemaruk nak menyanyi. & menari. Berusia 2tahun 2 bulan.. Lagu Ibu Fernleaf dah hafal.. lagu Burung Kakak Tua pulak ni dah dihafalnya jugak.. Lagu Hafiz AF dia pandai intro jer.. Memang peringkat umur mcm ni kanak2 suka betul dgn muzik.. Menyanyi dan menari..
Jom kongsi info dari satu sumber yg aku pernah baca, ketika kanak2 memasuki usia 2 tahun;
Eksplorasi bunyi muzik meningkat : bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak2 yang bertatih. Kanak2 mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobiliti untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik bila kita memainkan alat muzik.
Mula menyanyi & menari: kanak2 pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Mereka juga akan mula meniru lagu walaupon sebutan masih pelat.. Lebih suka irama yang jelas, muzik berkumpulan atau lagu kanak-kanak. Kanak2 menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga tempo untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya.
Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.
Jadi, sebagai daddy or mommy, jgn la risau bila dlm usia muda anak2 ni dah cenderung ke arah muzik.. Tak semestinya nanti besar dia nak jadi penyanyi or artis realiti!! Kerana ini adalah normal bagi perkembangan kanak2.. Selain bermain toys, let the children dance & sing..Let them enjoy their most special period of life.
jangan ajar pi red box sudah... kang daddy kot pepura demam bila kena ajak pi karaoke. haish
ReplyDeletehehe.. karaoke kt umah jer ni ha...
ReplyDeleteAdi,waktu aku kanak2 berumur 5 thn dulu,aku suka nyanyi lagu One Way Ticket...ingat lg aku main sebut aja WanWey tiket,wanwey tiket to de bluuuuu..cucuctreng acekolnatrek..godda trabelon ..cuba ko nyanyi lagu tu betul2..mesti ada bunyi2 lirik aku tu kan.
ReplyDeletehaha..cute2! "cucutreng" tu mmg aku pon akan nyanyi mcm tu skang ni.. akakaka
ReplyDeleteSalam DaddyDian.
ReplyDeleteMemang kecenderungan kanak-kanak suka kepada permainan dan nyanyian yang bersesuaian. Sebab itu pendekatan di prasekolah atau tadika ialah pembelajaran berkonsepkan belajar sambil bermain.
Semoga cahaya mata sentiasa ceria dan berjaya.
TQ
tQ cikgu.. :)
ReplyDelete