Day 1
From 5th January to 7th January, me, Layla & Dian took a short vacation to Cameron Highlands... It was our first time there, although we are Malaysians! Hehe.. ni ler akibat terkene perubahan suhu.. intro speaking sajer~ :p
Bertolak dari Bandar Sunway pada pukul 11pg mengambil Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Ipoh dan ambil susur keluar di exit Tapah. Jarak Cameron Highlands dari Kuala Lumpur kurang lebey 300km atau 4jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS. Ok, jauh perjalanan dari Tapah hanya 60km, tetapi ingat disitulah cabaran sebenar. Jalan bengkang bengkok, licin dan sempit. Very long winding road .. Tiba2 jer terhumming lagu Sheryl Crow, "Everyday Is A Winding Road".. :)
Sesapa tak tahan boleh mabuk, tapi aku tgk wifey n dian still ok lagi.. Ingat nak berenti rehat kat Lata Iskandar untuk menikmati kecantikan air terjun sebelum meneruskan perjalanan. Tapi rasa nak cepat sampai membuatkan aku non stop teruskan pendakian.. Pelbagai pemandangan cantik disepanjang perjalanan, orang asli menjual petai dan hasil hutan lain, membuatkan perjalanan tak boring... Sebelum sampai Tanah Rata, jumpa dulu bandar Ringlet. Bila dah sampai situ, lega sikit kerana udara dah mulai sejuk. Tutup air-cond, bukak tingkap... fuhh... nyamannya bau hutan (mcm mana bau hutan eh?)..Teruskan memandu dgn perlahan, n target utk sampai ke destinasi dalam masa 1.5 jam lagi...
Sebelom pergi aku mmg plan nak stay kt bandar Brinchang.. Sampai kt Brinchang dlm pukul 3.. ngam2 empat jam punya perjalanan.. Check in kt Hotel Rosa Pasadena.. RM128 per night with b/fast.. 2 star punya hotel , jgn banyak komplen :) ok larr.. furniture jer berusia sket.. yg paling takleh hadap WiFi dia charge RM5 per hour.. potong stim..
Ok, we are now at Cameron Highlands!!! Terasa sejuk yg amat~!
Ptg tu turun balik ke Tanah Rata nak carik makan.. Tadi lalu ada nampak Starbuck! hehe.. bukan nak makan kt Starbuck la nok.. Nampak kt area situ banyak kedai2 makan.. Jumpa la kedai mamak n having mee goreng panas2 n teh tarik panas.. U know what.. teh tarik panas akan menjadi sejuk dlm masa tak sampai 10 minit.. hehe.. order lagi satu! Mmg sejuk cuaca.. mmg dah expect kan~ nama pon tanah tinggi..
Utk day 1 ni, masa ada 2 jam lagi sebelum menjelang senja.. Nak ke mana? Ok, aku terus je pegi ke satu strawberry farm ( ada banyak gila strawberry farm kt sini..)...
Bila jer menjelang malam.. mak aihh~! sejuk.. bacaan suhu serendah 12 - 14 darjah selsius.. air paip mcm air batu!
Day 2
Hari kedua biasanya adalah hari yang panjang kalo kita 3D2N.. Korang tau tak, selain bawak famili utk jalan2 n bersitirehat, aku yg excited sgt nak pegi ladang teh.. Ok, sabor di... Having breakfast kt hotel n terus pack up brg2 utk check out.. Tak rushing pon.. Cuma aku nak carik hotel yg ada Wifi free.. Pusing2 masih lagi di pekan Brinchang ( sebelom ni aku mentioned bandar, tapi mcm kecik sgt la plak..), jumpa satu hotel - Ria Cameron Hotel.. Haa.. ni takde bintang punya.. Boleh check in seawal pukul 11! haha.. coz weekday n bukan musim cuti.. Tokey hotel tu pon sempoi n cincai.. Hotel kt shop house .. Hotel ni rasanya masih baru beroperasi.. RM60 per night w/out breakfast, free WiFi, got astro.. Good condition.. Comel jer bilik dia.. Cukup selesa la utk bermalam sehari lagi.. Aku rekmen hotel ni bagi mereka2 yg nak dtg bukan utk honeymoon.. :p
Tengahari terus menuju ke Sungai Palas Tea Plantation.. Utk sampai ke ladang dia ni bukan senang... Jauh terceruk dari jalan besar.. Sekali lagi terpaksa melalui jalan berwinding road ( kali ni aku tak berhumming.. coz kecik gila jalan dia) di lereng bukit.. Kene berhati2 sbb bila kenderaan berselisih di laluan yg amat kecil mmg bahaya! jarak perjalanan dari main road lebih kurang 4km ..
TERUJA! (bukan terkesima yer..)
Indahnya ladang teh di lereng2 bukit saujana mata memandang.. Waktu tu hujan renyai2 dan kabus menyelubungi puncak2 bukit.. Cantik beb..Kami menghabiskan masa di situ lebih kurang 4 - 5 jam.. Having tea time sambil menikmati panorama indah.. auwww~! Tak lupa jugak melawat kilang Teh Boh kt situ..
Lepas tu kemana lagi? Balik n singgah di Butterfly Farm.. Ni dekat2 je tempat dia.. Nak layan Dian lak.. kesian dia.. tentu dia pikir, apa la mak bapak aku bawak pegi kebun nih... janji mula2 nak gi Singapore! nak jumpa Shrek kt Universal Studio! hehe..
Next.. singgah Kea Farm..and i would say is well known for its vegetables markets.. Mcm2 jenis sayur.. takde la pelik sgt, sayur dia mcm kt pasar2 tempat kita jugak.. Tapi mmg segar2 sayur buah2an dia.. riki jer.. esok nak balik baru shopping~!
Sekali lagi, bila jumpa malam jer tak leh tahan.. SEJUK! tak sabor nak tggu siang...
Day 3
Check out n terus pegi satu lagi strawberry farm.. Kali ni nak petik sendiri! haha.. Kitorang pegi yg betul2 sebelah Equatorial Hotel.. Wifey n dian seronok bukan main.. dian sambil petik terus makan.. pehh... aku pon sama.. nasib baik penjaga farm tu sporting.. tapi jgn la makan sampai kenyang... haha! takleh tahan.. Bayo RM20 tapi kita cuma boleh petik 1/2 kilo jek.. boleh laaa... sajer nak carik experience petik buah strawberry..
Lepas tu retun balik ke Kea Farm... Wifey shopping buah n sayur..
Then, ke kedai survenir pulak.. beli sket cenderahati utk kawan2 nanti..
Thats it! Tiba masa utk balik KL.. yeah!
Sebelum tu... dlm perjalanan turun ke Tapah, kitorang singgah lagi ke satu ladang teh.. ni tepi jalan besar jer
Cameron Valley or Bharat Tea Estate.. terletak antara Tanah Rata dan Ringlet..
Tak habis2 mengambil gambar.. Kalo pakai kamera dolu2 tentu 5 - 6 kotak kodak habis.. hehe.. nasib baik la skang ni save jer dlm memori kad..
Tepat pukul 6ptg.. kami selamat pulang!
-end-
beberapa foto utk di kongsi..
(klik gambar utk enlarge)
(klik gambar utk enlarge)
gd mng!br je pn9 trs terjah sini dulu.wah rdunya nk gi CH.ingat lg kite gi ngan family,sggh beli madu kat org asli tepi jalan.then petik daun teh sambil lepak minum teh tarik panas2...he3.tgk si kecil tu selamba mkn stroberi cutenya dia.krm slm kat wife ye
ReplyDeletenakkk!
ReplyDeletehahaha aku ingat aku la yg palik teruk, sekali jer pernah pi cameron... rupanya ko lagi teruk di :P
ReplyDeletepatutnya balik singgah lah hotel aku..duk semalam ke?baru aku perasan ko ada pi Cameron Highland..dari Tapah nak ke tempat aku ,tak sampai 20 minit pun.
ReplyDeleteHampeh la ko..tp kelakar nampak ko yg amat beria2 kat ladang tu..patut cari pekerja ladang teh tu,minta dia gunting and beg letak belakang tu.
bestkannn..huhuhu deela slalu g cameron lalu simpang pulai jln dia luas sikit x menakutkan.. :P
ReplyDelete