TM

Perintah larangan masuk ke Malaysia ke atas penyanyi dari Iran, Mohsen Namjoo telah dikeluarkan


Perintah larangan masuk ke Malaysia ke atas penyanyi dari Iran, Mohsen Namjoo telah dikeluarkan Isnin lalu.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan perintah larangan itu yang termaktub di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1953 Palang 63.
Ia  bagi melarang kemasukan Mohsen Namjoo dan kumpulannya ke negara ini.
Larangan ini telah disahkan olehMenteri Penerangan, Komunikasi - Dato Seri Rais Yatim


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau  berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).
Penyanyi kelahiran Iran yang digelar “Bob Dylan” oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya. – Bernama
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments: