TM

Restoren Mamak / Mapley naikkan harga makanan lagi!!

Dialog di mapley : "Ayoyooo... Ane, naik lagi ka? berapa mau naik?Roti kosong rm1.50 ka? Ayoyoo.. bagi air kosong satu... "

Dialog di pejabat : "Boss, kalo nak bagi increament tu bagi la lebih2 sket boss, 40% ker..  kt luar tu masakan mamak la makanan ruji saya boss...~"

 



KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

Sumber : Kosmo! Online
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments: