TM

Tiket RM30 final Piala AFF Suzuki masih ada!


 24/12/2010 12:19pm

KUALA LUMPUR - Tiket berharga RM30 bagi perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia pada Ahad ini masih boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram berkata, sehingga tengah hari ini, 40,000 tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka masih ada.
"Tiket berharga RM50 bagi tempat duduk VIP pula sudah habis dijual pada hari pertama kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka semalam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
FAM memperuntukkan 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia, dan 15,000 tiket berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia.
Tiket-tiket turut dijual di kaunter khas yang dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak di sini.
Tiket RM50 yang dijual di kedutaan itu juga habis dijual semalam.
Sivasundaram berkata, kaunter tiket di Stadium Nasional akan dibuka sehingga Ahad ini, dari 10 pagi hingga 7 petang. - Bernama
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Betul tu kakchik.. saya dah book tiket depan TV.. tak kuasa dah nak bersesak masuk stadium.. haha

    ReplyDelete