TM

Kenapa la aku tak pandai main gitar...

Sebelom aku mulakan sembang merapu aku harini aku nak korang cek link ni dulu.. [ baca sini dulu ] .

Nampak tak aksi aku bersama band yang masih wujud tapi dah tak bersatu.. kumpulan "4 NON BLIND".
Kat sini aku nak kasi pecah tembelang aku .. Sebenarnya aku tak pandai main gitar.. Pegang gitar boleh lah.
Kt dalam video tu aku poyo je pegang gitar.. mmg mcm haramjadu!

Aku pernah belajar dulu masa budak2 kt kampung. Tapi tak pandai2 mungkin jari aku ni keras sgt dan rasanya mcm jejari aku ni kontot je nak tekan tali carik key..  Masa zaman tu kt kampung aku ni ada budak2 band yg ada studio sendiri kt umah dorang. Selalu gak lepak dgr brader2 rock kapak ni kat jembatan ataupon kat tembok simpang pekan. (kalau ada kerete terbabas sure meninggal kitorang kene sebat...) mcm ler takder tempat lain dan kenapa mesti di tepi simpang pekan? Tujuannya adalah sambil mengorat awek2 balik keje mostly minah kilang. Ni zaman 80s - early 90s k..
Masa duduk asrama pon sama. Ada dormmate yg pandai main gitar dan pada zaman tu dok main lagu Nirvana saje. Belajar gak - pon aku tak pandai2. Bila dah masuk zaman bujang aku dah give-up. Duduk serumah bujang lepak main gitar aku dah dok tengok je.. Paling2 pon kalo aku suka aku pi dapor tolong buat kopi je..

Aku mmg minat nak pandai main alat muzik ni especially gitar. Nampak cool kan? Awek mesti suka lelaki2 yang pandai main gitar walopon  mereka hanya minat ke"cool"lan gitaris dan bukannya minat nak bikin laki. Masa dating kt pantai boleh la dgr boifren main gitar lagu Eric Claypot Clapton lagu Wonderful Tonight ataupon lagu Realiti & Fantasi kumpulan Crossfire (zaman aku ni..). 

Kalau la aku pandai main gitar... (mengelamun berangan bangsat)
- Aku nak tubuhkan band. Aku taknak tubuhkan band, sebaliknya ingin bergerak secara solo mcm Aizat ke,  Eric Clapton ke, Yuna ke... sebab kalo band ni vokalis je yg glemer.. rugi aku sebagai gitaris! Kot2 menang AJL, duit kemenangan pon aku boleh bedal sorang.
-Aku nak jadi komposer. Orang yang pandai main gitar (or piano) ni mmg boleh mencipta lagu coz dorang tau cipta melodi. Sebab tu Siti Norhaliza tak pandai cipta lagu. Tak mcm Melly Goeslow ataupon contoh artis local si Yuna.
- Nak bukak kelas muzik sendiri. Seterusnya nak ada kedai gitar/alat muzik sendiri dan kt kedai aku ada jual gitar yg telah di autograf oleh legenda2 gitar tempatan dan atarabangsa seperti Man Kidal, Man Laksa, Kid Search, Steve Vai & Paul Gilbert.

**** kelepap!!!****
terjaga dari lamunan dan terima lah kenyataan kau wahai Adi, nko mmg takde bakat dalam muzik. Tapi nko masih boleh berbangga kerana pandai bermain kompang.



SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Main kompang sua... :p Ko kan lead kompang camping...

    ReplyDelete
  2. ceh .... setahun aku tertipu, baik punya kelepet

    ReplyDelete