TM

Lesen Memandu ku

Sambil semak2 isi kandungan wallet aku - proses penyulingan membuang segala slip2 yg ada, business card org yg aku pon dah lupa sapa yg bagi, slip ATM, no telefon yg terselit tapi aku pon tak ingat sapa punya... fuhh! semua dah aku buang... kempis sikit wallet nih... kalo tak kembung dgn benda2 tu semua.. bukan kembung dengan duit pon.. ishh..
Terpandang lesen memandu aku yg bakal tamat tempoh  hujung bulan 4 nanti.. terus set dlm phone organizer/reminder biar aku tak lupa.. coz last year lesen aku mati dah empat bulan baru perasan.. nasib baik tak terjadi apa2 masa tu..
Utk pengetahuan korang, aku dpt lesen memandu tahun 1993 motor / 1997 kereta. Yang aku nak stori sket ni pasal masa amik lesen kereta tu aku tak pass.. kene amik 2 kali setelah gagal dlm bahagian jalan raya.. sampai sekarang aku ingat lagi pegawai JPJ tu.. dia saja failkan aku coz aku tak ikut cakap dia.. ada ke patut dia suruh aku bawak laju2 dengan alasan dia, dia dah lapar! aku masa tu peserta 2nd last and waktu pon dah thari.. tapi aku tetap bawak dgn kelajuan yg cikgu memandu aku ajo... sebab apa tau? aku kompius takut dia saja trap aku suruh aku pandu laju2 kang nanti dia caj aku memandu lebih dari kelajuan yg ditetapkan.. GAGAL!! Seminggu nightmare muka pegawai tu!
Kali kedua aku amik test.. Sekali dapat pegawai yg sama!! Cilakos... benda yg sama berlaku mcm 1st time aku kene tu... "bawak laju, aku dah lapar ni!" kata pegawai tu.. apa lagi, aku pon speed janji cepat sampai, siap ikut jalan shortcut lagi... LULUS!!!
Gila la pegawai JPJ tu.. saiko!
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. erkkkkk ada jgk pegawai JPJ mcm tu....gila psycho..hahaha

    ReplyDelete
  2. bahaya la jpj mcm tu..takut sbnrnyer dia nak test kita jer huhu

    Meh sini: Video: Nasib Janda!! 18sx

    ReplyDelete