TM

Road trip - Perak

Dah 4 hari aku berkelana kat Perak ni. Dari jumpa ejen kat Tg Malim sampai la ke Ipoh. Kt Ipoh aku stay 2 hari kt sana coz nak kene pegi Sg Siput visit venue untuk roadshow next mth dan jugak jumpa ejen kt Felda Lasah. Ok, lepas Ipoh, aku bergegas ke Kuala Kangsar visit venue lagi, dan terus shoot pegi Pt Buntar pastu Taiping dan petang harinya aku menuju terus ke Manjung. Mcm best je kan bunyik dia.. Travel sana sini atas urusan syarikat tapi yg tak bestnya aku pegi sorang2. Masa waktu siang ok la kan busy dengan kerja, satu lagi yg tak best tu bila malam menjelang.. Setiap malam tido di hotel, tapi bila sorang2 ni mati kutu jadinya. Habis2 pon keluar makan, ronda2 naik kereta pusing town pastu balik bilik.
Kene kacau benda2 pelik tu aku malas lah nak share kt sini.. hehe.. nak suruh aku citer ajak je aku lepak minum then aku stori la karang..
Dan mlm ni kt Teluk Intan. Teluk yang tak berapa nak teluk. Yg menarik perhatian aku kt sini cuma satu je.. Menara Condong.. 1st time sampai sini... Apa lagi, bergambar la ye.. tapi, aku amik je gambo menara tu, takde lak org lalu lalang yg boleh aku suruh tangkap gambar aku sekali..
Rasanya aku nak stay 2 mlm kt sini.. Friday adalah hari rest aku, Sabtu pulak baru ke Grand Kampar Hotel kt Bandar Baru Kampar untuk roadshow seterusnya....
mcm ni la route dia
Menara Condong Teluk Intan
..amacam? condong tak?
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment