TM

Euro 2012 - Italy Masuk Final

"for those who know me a long time, they'll know that I am the Italian fans .. since 1986 I support this team .. disappointment after disappointment in the big games until they won the world title in 2006 .. Finally, the generation that age average same with me became a champion ..bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla WC 2010 go support Netherlands bla bla bla bla bla bla bla bla bla 2012 euro sokong lak Perancis(taklehharahap) bla bla bla bla bla bla bla bla bla ....
Saya nak sokong Italy balik... kalau tak masuk final saya akan pulang ke Malaysia keesokkan harinya.."

Petikan di atas aku petik dari apa yg aku post kt fesbuk pada Rabu 27 June 2012.
Yes.. mmg aku peminat setia Italy yg curang pada kejohanan besar yg lalu.. World Cup 2010 aku support Netherlands sebab masa tu aku tgk team Itali dah takde player yang aku kenal. Dan klimaks team Italy yg aku kenal masa dorang jadi Juara World Cup 2006. Lepas tu team diorang aku tak familiar sgt sebab dah tak layan langsung Sirie A. Pada Euro kali ni aku tekad taknak sokong Italy lagi (walopon jauh disudut hati ni masih nak sokong), dan aku cuba amik team yg muda dan berbakat iaitu team Perancis. Nampaknya Perancis pon takleh pegi jauh terkandas di peringkat suku akhir kalah dgn team yg lebih baik, Spain.

Team Itali kali ni sejujurnya aku hanya kenal beberapa kerat je; the one and only Gigi Buffon, Pirlo, Cassano, Chellini, Di Natale dan bagi peminat EPL sapa yg tak kenal Mario Balotelli. Yg lain serius aku tak pernah dgr nama2 dorang.
Mmg semua orang tak letak harapan besar kt team Itali ni, begitu juga aku. Tapi yg amat memeranjatkan corak permainan dorang totally berbeza, dah tak mcm Italian footbal. Italian football secara tradisinya adalah corak yg membosankan, team yg bergantung penuh dengan strategi bertahan dan negatif football. Bila ada tounament besar2 sure draw 0-0 dan menang dengan penentuan sepakan penalti.. Itulah Italy yg aku kenal dari dulu.
Tapi game awal pagi tadi betul2 hebat. Pada pandangan aku Italy masih menggunakan strategi bertahan tapi mendominasi bahagian tengah. Bahagian serangan lak dia biarkan je 2 budak jahat (Balotelli & Cassano) kt atas utk mencuri bola. Kebetulan 2 peluang yg direncana tak di sia2kan oleh Balotelli. You never know what you gonna get from Balotelli! 2 goal yg hebat. Aku personally pon tak suka dgn si Balotelli ni sebab attitude dia mmg mcm tandas. Tapi credit mlm tadi aku nak bagi pada dia, Buffon, Pirlo dan selebihnya utk pasukan dan coach.

Final Italy vs Spain. Kalo mengikut prestasi semasa sepanjang kejohanan ni, aku masih optimis yg Italy layak untuk menjadi juara. Cuma apa yg aku harap, bintang2 pasukan Spain off form. Dan kalau pasukan Italy jadi Juara untuk Euro kali ni, fakta menarik akan berlaku : Italy akan menjadi juara setiap kali bolasepak di Itali dilanda skandal rasuah atau betting scandal.
1982- Betting scandal : Juara World Cup
2006 - Betting scandal :Juara World Cup
2012 - Betting scandal: ?
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment