baru dapat info dari kawan baik aku mengenai stevia. Dia ajak jumpa and bagi tau pasal kalo nak buat projek dia ada satu contact utk mengusahakan tanaman stevia. Projek boleh dimulakan dgn modal serendah RM3k dan pulangan after 3 mths boleh tahan lemayan pak! Perbincangan kitorang tu berjalan lancar... rasanya bukan aku yg nak buat pojek tu sebaliknya aku akan pass info ni pada somebody yg mmg suka carik projek2 baru mcm ni..
Tau tak apa stevia? Bagi yg dah tau bagus lah tapi aku baru tau lak benda ni..
Ni dia rupa pokok stevia |
Stevia ni sejenis tumbuhan dari keluarga bunga matahari. Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh mengganti gula. STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis.
Tak yah la aku cerita kisah stevia ni panjang lebar k.. kalo nak tau asal usul pokok ni dari mana, siapa founder, sejarah dia dari Eropah sampai ke Asia, khasiat dia yg jauh lebih baik dari gula dan boleh cure beberapa jenis penyakit etc.. korang boleh google sendiri... Local pon dah banyak buat artikel pasal benda ni..
Aku ada gak surf tadi.. nak tau dah ada ke produk ni kt pasaran dan aku dah expect harga pasaran juga mesti jauh lebih mahal dari gula tebu yg sedia ada.. dan apa yg aku jumpa banyak website/blog MLM yg memasarkan jus2 stevia ni..( boringnya jus MLM... ) or dah banyak kt open market tapi aku je yg masih ketinggalan? google dan jumpa MIX STEVIA EXTRACT (extract seperti gula pasir) yg aku jumpa harga dia RM130 / 500gram.. tak tertampung pakcik tgk harganya.... harga gula pasir yg asyik2 naik ni pon kita dah bising...
bila agaknya stevia ni dapat menggantikan terus gula pasir and no more gula pasir di pasaran? sudah tentu masyarakat dah tak bimbang lagi potensi utk menghidap diabetis......
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete