Tiga negara, iaitu Amerika, England dan Malaysia berlumba2 menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi  canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk  melihat siapa yang terhebat di masa lalu. Perlumbaan dimulakan dgn Amerika, kemudian England & terakhir Malaysia. 
Di  Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter ke bawah tanah, mereka menemui   tembaga. Team Amerika dengan bangganya mengumumkan bahwa 1500 tahun  yang lalu mereka telah membangunkan jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di  Amerika. 
Di England, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman  1000 meter tidak menemui kabel tembaga, tetapi setelah mencapai  kedalaman 1500 meter mereka menemui serpihan kaca, maka Team England tersebut  dengan bangganya menyimpulkan bahawa 2500 tahun yang lalu telah membangunkan jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di England. 
Dan  terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500  meter dan 1000 meter dan seterusnya langsung  tidak menemui apa-apa, lalu  dengan sangat bangganya Team Malaysia mengishtiharkan bahwa 5000 tahun  yang lalu komunikasi di Malaysia telah menggunakan teknologi wireless.
..... cheers~! 
- Blogger Comment
 
- Facebook Comment
 
Subscribe to:
Post Comments
                            (
                            Atom
                            )
                          
0 comments:
Post a Comment