TM

Balik Sarawak..

Lama dah aku tak balik ke kampung wifey di Kanowit, Sarawak. Semenjak kawen pada 2008 sampai la 2012 ni baru la balik sana. Lama tu! 4 tahun lebih kurang..

Banyak sebab kami tak rajin balik sana.. alasan mungkin yg boleh di beri:
i) busy kerja
ii)susah nak dapat cuti
iii)tiada kesempatan
iv)mertua dan adik beradik wifey mostly semua dah kt KL or semenanjung
v)kesemua di atas

So, tahun ni nampaknya ada kesempatan, ada cuti dan kami pon membuat keputusan balik bercuti pada 1hb Nov hingga 7 Nov hari tu.. Yeah.. kali pertama juga bagi the kids balik ke tanah tumpah darah mommy dia.. 1st time jugak lah dorang naik belon.. sangat excited gamaknya! Aku, wifey, Dian, Sophie and mertua menambahkan pendapatan Air Asia dengan menggunakan perkhidmatan tambang murah mereka untuk pergi dan balik.. Believe it or not, tiket 2 hala untuk 4 dewasa dan 1 infant tak lebih RM400.. tks Air Asia!

Kat Sarawak sana masih ada rumah nenek Cina. Tapi nenek Cina dah meninggal pertengahan tahun aritu.. Yg jaga rumah tu ada makcik, adik kpd mertua.. Kt situ lah sekarang tempat yang dituju..
Hari pertama, kami check in je di Bandar Sibu.. Tido satu malam di situ sebelum balik ke Kanowit. Untuk memudahkan pergerakan kami kt sana, aku sewa sebuah kereta wira dari contact yg aku dapat dari google.. RM700 seminggu gitu..

2nd day kami pulang ke Kanowit. Apa yg menarik? Apa ye? Yg menarik mungkin kampung wifey tu terletak betul2 di tepi Sungai Rajang atau dikenali juga sebagai Batang Rajang.. Dua malam kami kt situ.. Sempat juga kami visit long house tempat abang ipar aku. Guys.. long house sekarang dah moden ok.. Dah mcm rumah teres.. Ada yg 15 pintu, ada jugak yg sampai lebih 25 pintu.. semua dah diupgrade, semua dah batu and zink. Tuai rumah pon pakai Toyota Hilux! Sempat aku merasa daging landak yg diburu oleh kejiranan long house tu, ayam pansoh ( ayam dimasak dalam buluh) dan sempat jugak aku merasa sikit air tuak yg dihidangkan.. :p

Hari ke empat tu kami bertolak ke Saratok, rumah biras aku. Driving melalui jalan persekutuan dan hiway yg pada pandangan aku mmg baik keadaan jalanrayanya. Hiway dah 2 lane, takde tol pon..  Sebelum sampai ke Saratok, singgah kejap kt Sarikei. Takde apa pon kt sana selain jumpa lagi sungai yg besar di pekan Sarikei tu. Teruskan perjalanan ke Saratok melalui jalan yg berliku, berbukit bukau, satu lane..

Tiba di Saratok, kami dihidangkan oleh tuan rumah dengan pelbagai jenis buah-buahan.. Takde la pelbagai sgt.. Buah durian, rambutan, langsat dan buah pakon. Buah pakon ni adik beradik dgn durian.. rupa mmg mcm durian, tapi takde bau! isinya warna oren dan rasanya.. fuhh! amazing.. kebetulan masa ni mmg segala buah tengan musim.. buah dabai, buah terap, buah engkalak.. adoii... ada lagi buah2 yg aku dah lupa namanya.. maaf..  Bermalam kt sana tapi tidur kami amat singkat sebab keesokkan hari sebelom subuh kami nak bertolak ke Kuching. Di jangka perjalanan akan mengambil masa 4-5 jam lebih kurang. Nasib baik biras yg drive.. Dia mmg dah master selok belok jalan kt sana.. sepanjang perjalanan menuju ke Kuching tu kita melalui Seri Aman dan Serian..

Kami tiba di Kuching lebih kurang pukul 10.. Misi utama kt Kuching ni adalah utk jalan2, shopping beberapa benda untuk dibawa pulang ke semenanjung; antaranya, kek lapis sarawak, ikan terubuk masin sarawak, pes laksa sarawak, gambir sarawak ( memba ramai yg pesan ni ) dan apa2 je la yg nama akhirnya sarawak yg takde or susah nak dpt di Semenanjung. Beberapa tempat kami lawat dengan seberapa kesempatan yg ada, antaranya; Kuching Waterfront, Monumen Kuching, China Town, muzium, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Charles Brooke monument, Dataran Merdeka Kuching, Brooke Building, kampung Boyan... ada yg kami singgah, ada jugak yg kami lalu je.. bukan apa, bawak the kids ni leceh nak pegi semua tempat.. hehe.. Satu malam saja di Kuching, rasa tak puas tapi tu je masa yg ada, petang esoknya kami bertolak balik transit Saratok dan terus pulang ke Kanowit lagi. Genap 7 harinya kami pon bertolak balik ke KL.. Aku malas nak elaborate panjang2 tapi untuk tidak mengecewakan pembaca, ada beberapa foto untuk dikongsi di sini.. cheers!
klik read more di bawah;



Kitorang je yg naik .. takde org lain!

Keypohma..

Touchdown terus cari mee kolok kt Bandar Sibu

Mee kolok, laksa sarawak, hainan chiken rice

Kelaparan

Sugar Bun.. Femes ni kt Sarawak.. Sini ado?

Bfast at Garden Cafe, Garden Hotel Sibu
Welcome to Sibu Central Market

View from upstairs

Replika Bubu

Iban kraft

Sayur Midin

Ayam idop, itik idop

Dian: Daddy, nak beli satu...
Daddy: No!

Pakis

Buah Dabai

Tawar menawar

Beras Iban

Obor-obor



Buah apa?

Cendawan or sana panggil kulat
Masak ayam pansoh

Pose je la

Having borak time with kawan2 rumah panjang.. cheers!
di depan rumah nenek Cina

Sophie dan Batang Rajang

Menunggu boat penambang or ekspress di jeti Kanowit

Pasar Kanowit atau Pekan Kanowit

Nenek Melayu busy menghidang makanan thari

Ni dia ayam pansoh

Sambal belacan nenek

Sambal mempelam

Dian, uncle Osman, Sun Sun dan Itik (yg bakal di semelih)

Tu dia.. cabut bulu!

Dian dan Duyung di Fort Emma, Kanowit ( bukan Fort Minor yer..)

Pasar Sarikei

Penjaja buah durian di sepanjang tepi sungai Sarikei.. boleh tawar menawar

Harga boleh runding

Di Jeti Sarikei

Dinner buah2an di Saratok

Ni dia buah Pakon - adik beradik durian

Sisters

Settle

Di Waterfront Kuching

Penulis bersama kenalan baru di Kuching.. si kucing..

Kedai Kek Lapis Mira

Tumpang populariti

Pon boleh

Boyan pon boyan lah janji ROCK!!

blur

Siap packing

di kedai Kek Dayang Salhah pula

di hadapan Dewan Undangan Negeri Sarawak

oppps..

topi


Sibu Heritage Centre

Sejarah

This is Real

bersama tokoh2 SIbu

gediks girls



Route percutian di Sarawak - Sibu - Kanowit - Saratok - Kuching ( pegi balik)


SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment