TM

Sumpahan no. 9 Arsenal

Arsenal vs Malaysia pada 24 Julai 2012. Aku tak dpt tgk atas sebab clash dgn program bulan Ramadhan tahun ni. Mudah2an player Malaysia tak makan banyak sgt nanti masa berbuka puasa dan Arsenal pon mempunyai beberapa player yang beragama Islam, antaranya yang aku tau adalah, Bacary Sagna, Abou Diaby, Maruane Chamakh dan Robin Van Persie sendiri, dan semestinya mereka pon berpuasa juga. Sama2 kita nanti perlawanan tersebut. Nampaknya skuad Malaysia bertuah dapat menimba pengalaman bermain dgn player2 bintang EPL/dunia, sebab lepas Arsenal dorang akan friendly pulak dgn juara baru EPL, Manchester City pulak pada 30 Julai.

Sebagai Arsenal die hard fan ni, aku mmg mengikuti segala perkembangan team dorang dari masa ke semasa.. Ada beberapa blog based kt U.K yg aku follow antaranya North London Is Red. Ni Spurs fan mmg hangin kalo dia dgn North London Is Red sebab Spurs fan claim "North London Is White"... biasa la rival derby masing2 nak claim team dorang punya wilayah.
Sejak last month aku nak buat entry pasal Arsenal ni, tapi diganggu oleh kesibukkan Euro 2012. 
Bagi Arsenal fans, kita tau ada beberapa no. jersi keramat yang sinonim dengan bintang2 yang memakainya. 

Kita mulakan dgn no. 4.. Yang aku ingat zaman aku follow team ni sejak zaman Arsene Wenger, sejak '95 no. 4 dipakai oleh Paul Davies (1994-1995), our most famous captain Patrik Viera (1996-2005), Cesc Fabregas (2006-2010) dan terkini ianya adalah milik Per Mertesacker. Yang paling berjaya membawa no. 4 ni adalah Viera dan Fabregas.

No. 14 - Bila nampak no ni , sudah tentu Arsenal fan era baru tahu ianya milik lagenda "King" Thierry Henry (1999-2007) yang kini di pindah milik kepada Theo Walcot (2008 sehingga kini). Sebelum Henry, no. ini adalah milik Martin Keown (1994-1999). Tetapi sampai setakat ini, Walcot nampaknya seperti terlalu berat untuk memikul kegemilangan no. 14 ni, masih tercari2 identiti dan banyak yg belum dibuktikan... mungkin disebabkan banyangan Henry yg masih segar dengan aksi2 gemilang sebelumnya..

No. 10 - No. ni agak pelik sikit. Dlm era 90-an, no ini dimiliki oleh Paul Merson (1994-1995). Boleh dikatakan legend juga dia ni sebab merasa jugak beberapa kali juara EPL dan FA Cup. Selepasnya, Dennis Bergkamp (1995-2006) menjadikan no. ni begitu keramat dengan kecemerlangan, kejuaraan demi kejuaraan serta gol2 menarik yg dingati oleh semua serta menjadi idola dan ikon sebelum Henry. Memikul no. 10 dengan penuh gemilang sehingga persaraannya. Selepas bersara, no. ini telah diberi kepada William Gallas, seorang pemain bek tengah yang emosi, dan amat jarang kita lihat pemain bek tengah menggunakan no. 10. Ni yg aku kata pelik tadi! Dan no. 10 ni tak dapat dibawa oleh Gallas dgn baik, malahan jawatan kapten pasukan akhirnya diragui kerana sikapnya yg sering tak dpt mengawal emosi.. jahanam! Akhirnya, no. 10 ini telah ditukarkan kepada Robin Van Persie... sebagaimana kecemerlangan mentor yg juga bekas rakan senegaranya Bergkamp. No. ini telah dimiliki oleh pemilik sebenar dan jawatan kapten yang disandang menjadikannya lebih berbisa di depan gol dgn memcatat rekod 30 goal bagi musim 2011/2012 dan menjadikannya 10 terbaik dalam sejarah Arsenal dgn 132 goal setakat musim yg baru saja berlalu. Tetapi pada 4 Julai yg lalu, dia telah menyatakan bahawa dia tidak akan menyambung kontraknya dengan Arsenal. Ermmm... mcm tu la Arsenal, bak kata Wenger; "we dont buy superstars, we make them!" 

Setiap habis musim sudah pasti ada je player star yg berhijrah keluar ataupon dijual.. Bagi aku ini semua disebabkan polisi gaji maksimum/mengetengahkan player muda yg diamalkan oleh Arsenal sejak dari awal pengurusan di bawah kendalian Wenger lagi. Sebab ni jugak la sejak 2005 team ni ketandusan kejuaraan walaupon ke final beberapa kali dalam Liga Juara2 Eropah. Hard luck..

Kalau, no 4, no 14 dan no 10 di pakai oleh legenda2 hebat, bagaimana pulak dengan no. 9?  No ni ada macam satu sumpahan atau badi kepada semua player2 Arsenal yg memakainya.. Ini bukan aku percaya sumpahan ok, tapi aku akan ceritakan rentetan secara kronologi player2 yg pernah memakainya.. Semua Arsenal fans perasan perkara ni tapi penulisan aku berdasarkan rujukan artikel Arsenal & the curse of 9 oleh blogger North London Is Red.

1995-1997 - Dimiliki oleh Paul Merson, pemulaan yg baik ketika mula menyertai Arsenal, tetapi mengalami masalah alcohol, dadah, and ketagihan berjudi. Di bawah kendalian Arsene Wenger sebagai pengurus pada tahun 1997, terpaksa menjualnya kepada kelab Middlesbrough.

1997-1999 -  Dalam tahun 1997, Wenger memasuki pasaran perpindahan pemain dengan membeli pemain berbakat besar, iaitu Nicolas Anelka dari Paris Saint-Germain dgn harga £500,000. Bermula dengan hebat masa awalnya.. aku masih ingat ketika tu sponsor baju Arsenal adalah Dreamcast, dan aksi Anelka mmg amat menghiburkan. Tetapi, sumpahan atau badi no. 9 ni bermula atau berterusan selepas di tinggalkan oleh Paul Merson. Menimbulkan masalah dengan pengurusan, team sepasukan prestasi yg semakin merosot disebabkan oleh lack of enthusiasm telah membuatkannya di list kan sebagai pemain untuk dijual. Dengan harga £22.3million , Anelka di jual kepada Real Madrid.

1999-2000 -  Terdesak untuk mencari pengganti Anelka ketika itu, Arsenal mengambil keputusan membeli Davor Suker, pemain Crotia yg bersinar ketika World Cup 1998 di mana beliau telah membawa Crotia hingga menduduki tangga ke tiga gelaran dunia. Tetapi nampaknya Suker masih tidak serasi walaupon itu dilihat sebagai replacement sementara saja. Tiada impak besar nampaknya striker ni utk pasukan Arsenal. Akhirnya dijual kepada West Ham setahun kemudian.

2001-2003  - Francis Jeffers ni mungkin telah dilupakan langsung dari ingatan Arsenal Fan.. Gelaran ‘the fox in the box’ oleh Arsene Wenger ketika membelinya dari Everton dgn harga £8million nyata tak terbukti. Dilanda kecederaan demi kecederaan selama tiga tahun di Highbury, akhirnya dia dijual kepada Charlton Atheletic.

2003-2006  - Antonio Reyes, pemain yg dibeli dari Sevilla dgn nilai £10million. Pemain yg sempat dingati kerana persis primadona dgn rupa yg kacak seperti pelakon, sempat mempamerkan aksi hebat dgn gol yg paling diingati ketika menewaskan Chelsea di FA Cup pada tahun tersebut. Tetapi dia diantara pemaian yg unsettled dan media menggelarkannya "the gypsy Spaniard who didn’t speak Spanish… what chance did he have in England? Wanted to leave the minute he arrived. Never lived up to the hype despite some promising games." Atas permintaannya, kelab telah dipinjamkan dan mejualnya semula ke kelab Spanyol.

2006-2007  - The Beast! Gelaran kepada Julio Baptista yg di pinjam dari Real Madrid setelah pertukaran dibuat dengan Reyes. The Beast hanya dingati sebagai KFC Family Feast oleh kebanyakan fan kerana aksi yg tidak konsisten dan nampaknya tidak segarang gelaran yg diberi.. Tiada impak juga pemain ni sepanjang tempoh pinjaman dan akhirnya dipulangkan semula kepada Real Madrid.

2007-2010   - Perpindahan musim panas 2007 melihatkan pasukan Arsenal telah bersedia mengisi kokosongan no.9 yg dilihat selama ini mempunyai badi tersendiri. Eduardo de Silva dibeli dari Dinamo Zagreb dgn harga £8million ini dilihat sebagai pengakhiran sumpahan terhadap no.9 ini.  Impak yang amat ketara dengan persembahan konsisten serta gol2nya membantu pasukan Arsenal di puncak liga ketika pertengahan musim 2007/08. Pengaruhnya di dalam pasukan menjanjikan sesuatu kepada pasukan yg sememangnya mengimpikan takhta liga EPL ketika itu. Sayangnya, insiden patah kaki yg ngeri ketika melawan Birmingham City menyebabkan Arsenal tergelincir dari takhta serta beliau terpaksa berehat selama 2 tahun. Nampaknya sumpahan kali ini adalah yg paling teruk dan mangsanya adalah Eduardo. Setelah pulih, beliau gagal mendapat semula tempat serta prestasi yg tidak menentu memaksa pihak pengurusan menjualnya kepada Shakhtar Donetsk pada 2010.
nampak tu kaki dia terpleot

2011 sehingga kini - Pembelian kapten Korea, Park Ju Young tidak menampakkan apa2 impak setakat ini. Walaupon Park begitu terserlah ketika mewakili negara, tetapi tak cukup untuk menambat hati Arsene Wenger untuk mendapat kesebelasan utama dan hanya memanaskan bangku simpanan semenjak dibeli.

Adakah pemilik lain bagi musim 2012/2013 yg bakal menjelang ni... Kita masih menunggu bila "sumpahan no.9" ini akan berakhir dan siapa pemain tersebut?

Japanese #9. Looks like a guy bending over
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Eh? Ko support Arse balik? Ingat dah berpaling tadah...

    ReplyDelete
  2. dengki la tu.. Aku mmg arsenal sejak lahir kan..

    ReplyDelete
  3. aku rase bagi chamakh pakai no.9...mane tau dier tibe2 perform lak....

    ReplyDelete