TM

Ke Perak Lagi Kita

Sepanjang minggu ni duduk opis je aku. Buat preparation untuk roadshow next week. Esok pagi2 aku dah kene bertolak ke Perak lagi - start dari Tg Malim, Kampar, Teluk Intan, Sri Manjung, Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh dan Sg Siput. Selama 10 hari aku kene habiskan 9 venue.
Bulan ni Ramadhan bakal menjelang, tapi bukan excuse untuk duduk opis, dalam bulan puasa pon aku kene buat roadshow jugak. Dah submit plan utk Ramadhan punya roadshow pada corporate tadi- venue masih tak berubah, masih kene habiskan dlm negeri Perak lagi. Bermusaffir lah aku di perantauan....:p

Cuti raya aku dah awal2 submit. Actually tak berebut pon coz ramai yg tak menyambut Hari Raya kt opis ni. Aku amik cuti panjang! Tak la panjang sgt cuma 10 hari je.. Ni pon sebab si Boy (adik aku) nak bernikah pada raya ke empat. Bertambah la bilangan keluarga Hj Masrom. Raya ke empat tu hari Rabu.. agak janggal sikit hari dia, sebab kebiasaannya bakal pengantin ni cari tarikh hujung minggu (Jumaat, Sabtu or Ahad) utk bernikah. Yg ni ada "special kes" sikit, tambahan pulak hari raya masa tu dan mostly kedua2 keluarga masih bercuti.. cuma yg kene balik rumah mertua tu ke arrange schedule supaya raya ke empat tu boleh bersama2 meraikan hari bahagia pengantin tu nanti..
SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment