TM

Kursus Asuhan & Didikan Kanak-Kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA) @SEGi College Subang Jaya

**************Entry dikemaskini pada 21 September 2016

Ramai yang bertanya di mana nak mengikuti kursus Asuhan Didikan Kanak2 (PERMATA). Anda boleh mengikutinya di SEGI College Subang Jaya. Hubungi 019-6976188 untuk keterangan lanjut.
Pengambilan bulan November 2016 - tarikh adalah seperti berikut;

Kelas : PART TIME - Hari Sabtu & Ahad
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempoh  : 3 bulan

Kelas : FULL TIME - Isnin hingga Jumaat
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempoh  : 3 minggu



Yuran Kursus: RM900
Bayaran boleh dibuat secara penuh atau secara ansuran; 
Pendaftaran                       : RM100
Masuk kelas hari pertama : RM800

Keterangan Kursus Asuhan Permata


Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 (Peraturan-peraturan TASKA), mewajibkan semua TASKA berdaftar dan mematuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh JKM. Menurut Peraturan-peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh perlu hadir dan lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja.  Latihan berkaitan pengasuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti asuhan dan jagaan kanak-kanak di TASKA terjamin bagi memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.       

            Jangkamasa Kursus Asuhan Permata dalam kuliah adalah selama 22 hari DAN peserta WAJIB menghadiri praktikum sepenuh hari (selama 5 hari) di TASKA berdaftar yang telah ditetapkan. Justeru itu, Kerajaan melalui JKMM memberikan keutamaan kepada TASKA-TASKA
yang berdaftar untuk mengambil peluang menghantar para pengasuh untuk dilatih.



Nota : JKM ada menyediakan subsidi sebanyak RM500.00 seorang bertujuan untuk menggalak dan mengurangkan beban yuran Kursus Asuhan PERMATA. Insentif ini disalurkan terus kepada SEGi College Subang Jaya (Agensi Latihan yang Diiktiraf oleh JKM). Subsidi JKM tersebut akan dibayar kepada peserta setelah tamat kursus. Sila semak dengan JKM dari masa ke semasa sekiranya subsidi tersebut masih ditawarkan.













SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment