TM

Mileage, Ninja and Dave

Dalam masa sebulan untuk pengetahuan korang, aku akan menghabiskan banyak waktu aku dengan travel. Mileage mmg tak lari >1500. Aku bukan pemandu lori, bukan pemandu bas dan juga bukan Frank Martin mcm dlm movie Transpotter. Korang semua pon tau la kerja aku apa kan, tayah nak explain lagi kt sini. Pengembaraan aku tidak bersifat international tapi lebih kepada domestik. Merantau di seluruh pelusuk tanahair untuk mencari sesuap nasi... sedih gila sial bunyi dia.. 

Tahun lepas pengembaraan aku lebih ke zon Utara tanahair.. Sejak 2 bulan lepas aku di tugaskan untuk ke pantai timur semenanjung dan juga Malaysia Timur. Biasanya tempoh aku mengembara ni lebih kurang 8 - 15 hari. Walaupon outstation, aku tetap kene report segala aktiviti aku yg berkaitan tugasan kepada superior aku di pejabat. Kene online setiap masa - report, bajet, planning dan email mmg sentiasa menghantui. Bila jadi ninja harapan boss aku ni besar jugak tanggungjawab yg dipikul coz aku still kene monitor 2 - 3 ekor ninja yg di bawah jagaan aku yg cover negeri2 lain. Ada yg independent dan ada jugak yg sengal. Tapi setakat ninja2 yg sekarang ni Alhamdulillah.. boooleh la..

Bulan lepas aku ke Malaysia Timur - Sabah. Mulanya aku cuma jadi bidan stuntman yg kene terjun coz ada arrangement antara new ejen dengan boss aku kat Semporna. Nak dijadikan cerita, boss aku masuk hospital terkena buasir dan aku lah colan colan yg paling layak ganti dia. Aku ok jer... Advance ada, claim ada - ON. Lagi pon aku dah lama tak ke Sabah - last aku ke sana pada tahun 2006. Ding dong ding dong semua berjalan lancar dan sampai la aku ke Sabah masa tu. Kerja aku 2 hari je setel tapi aku ada extra 1 day - free and easy. Memba aku Dann ada bgtau - "alang2 sampai Semporna try la pi Mabul Island or Sipadan, dengar2 sana best ", katanya. Aku pon gunakan masa yg ada tu pegi la ke Mabul. Mmg cantik tempat dia.. tapi aku tak berapa enjoy coz I'm not a diver! Resort dia suck.. Aku malas la nak elaborate panjang2 pasal Mabul.. kalo compare dengan Perhentian serious shit Perhentian lagi happening. Yang penting aku dah sampai sana and kalo ada orang cerita pasal sana semua dah dalam poket aku. Mabul and Sipadan hanya heaven untuk divers saja..

Kat Mabul aku stay kt dorm - 4 orang dalam satu dorm.. masa tu sebilik dgn aku tu sempat la kenal2 dgn Mike (Canada), Lee ( China ) dan Dave (Penang). Dorang ni semua divers pro punya.. Diving log book dorang semua penuh2.. semua laut dorang dah dive. 

Satu malam je pon aku stay situ.. Mike tak banyak sembang coz dia tengah kena food poisoning.. Lee pulak tak habis2 cerita pasal durian.. nak dtg KL next month nak ajak aku makan durian kt SS2.. dan satu malam tu la aku berborak panjang dengan Dave.. dia ni India tapi sangat la 1Malaysia coz dia tau banyak pasal Melayu. Dia pon tahu banyak pasal Islam. Tak pelik la coz dia ni membesar kt kampung melayu kat Taiping - ceritanya. Dave ni engineer kt Bosh dan selalu dia merantau ke seluruh dunia atas urusan kerja. Lebih kurang je la kerja dia dgn kerja aku.. sebab tu senang nak masuk kepala bila borak.. Borak pasal Islam, pasal pembelajaran Sains n Math dalam bahasa Inggeris di sekolah, pasal bomoh, China rises dan mcm2 lagi lah.. Mula2 aku ingat dia ni Melayu mamak coz BM dia mmg Melayu habis. Bila nampak tattoo koi kt belakang badan dia baru la aku sedar dia ni India.

SHARE

Adi

Hi... "experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson ... .".

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment