SESAK...penunjuk perasaan berkumpul di Medan Tahrir atau Medan Pembebasan di Kaherah, semalam. |
Ketika kerajaan negara asing bergegas untuk memindahkan warga masing-masing dari Kaherah, pembangkang berkata, ia tidak akan berunding dengan Hosni.
Sementara itu, Mohamed ElBaradei, yang dianggap pemimpin penunjuk perasaan anti rejim Hosni, berkata, Jumaat sudah ditetapkan sebagai ‘hari pemergian Hosni.
SEORANG lelaki membawa poster Presiden Hosni Mubarak yang digambarkan sebagai Adolf Hitler ketika menyertai tunjuk perasaan di Kaherah, semalam. |
Pemberontakan di Mesir yang dianggarkan sudah menyebabkan 300 orang terbunuh, menyebabkan rasa cemas merebak di seluruh rantau itu dengan Raja Jordan, Abdullah II memecat kerajaan Samir Rifal selepas pembangkang mengadakan tunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu bagi menuntut perubahan.
Di Kaherah, penunjuk perasaan, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak membanjiri jalan raya bandar raya itu, menyertai ribuan orang yang bermalam dalam khemah atau di atas padang di sekitar Medan Tahrir.
Tentera yang berkata ia tidak akan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, memeriksa kad pengenalan sebelum membenarkan penunjuk perasaan memasuki medan itu.
Orang awam juga mengadakan pemeriksaan kad pengenalan di kawasan itu, kerana bimbang ada polis berpakaian preman menyelinap masuk untuk menjadi pengacau. - Reuters
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSemoga negara kita tetap aman sentosa, walaupun berlaku sedikit kekecehon semasa pilihanraya.
Semoga rakyat Malaysia di Mesir selamat kembali ke tanah air.
TQ